PERSEDIAAN perkahwinan pengantin & gubahan hantaran di Malaysia
Perkahwinan di Malaysia bukanlah membabitkan persediaan baju dan gubahan hantaran
sahaja,perkahwinan membabitkan persediaan emosi, spiritual, ekonomi dan fizikal.
Apakah tujuan kita berkahwin sebenarnya? Untuk mengelakkan maksiat? Di sini
mendedahkan beberapa perkara yang perlu diketahui dalam menyediakan diri anda ke
alam perkahwinan dari segi material, fizikal dan juga mental:
1.Budget Kahwin. Perkara yang pertama sekali yang perlu anda lakukan! Kami
mempunyai "checklist" yang anda boleh gunakan atas segala perbelanjaan yang
mungkin anda keluarkan untuk majlis anda. Lengkap dengan Excel file. Juga
panduan untuk menambahkan pendapatan seperti mendirikan perniagaan melalui
program-program usahawan SMEBank, MARA, pembiayaan MARA serta mendapatkan
pinjaman untuk kahwin.
2.Rancang Tarikh! Tetapkan tarikh untuk merisik, bertunang, bernikah dan juga
berkahwin (pihak perempuan) dan majlis menyambut tetamu (pihak lelaki).
3. Ke Kursus Kahwin Baca ulasan mengenai kursus kahwin di Blog ini! Anda juga
boleh melihat senarai penuh penyedia kursus perkahwinan .
4. Meminta mohon kebenaran kahwin! Anda selepas ini haruslah ke pejabat Agama
Islam daerah anda untuk mengambil borang permohonan kebenaran kahwin, borang
ujian HIV dan sebagainya. Pejabat agama islam yang harus anda pergi adalah
berdasarkan alamat rumah di kad pengenalan anda. Sekiranya anda tidak lagi
tinggal negeri lain, maka anda perlulah mendapatkan suruhanjaya sumpah untuk
mengisytiharkan bahawa anda adalah pemastautin di negeri tersebut. Anda juga
perlu membuat Surat Akuan Bujang - Jika anda perlukan contoh ayat di dalam surat
akuan bujang, sila ke Blog ini.
5. Untuk mengetahui secara lebih lanjut dan terperinci mengenai persediaan
perkahwinan, anda bolehlah melayari laman PERSEDIAAN PERKAHWINAN INI.